ANALISIS TEORI KRITIKAN SENI FELDMAN TERHADAP LUKISAN MANDALA PELAJAR DIPLOMA SENI BINA
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis kesesuaian lukisan mandala pelajar semester satu(1) Diploma Seni Bina sebuah Politeknik di Melaka bagi isu kesesuaian pemilihan tugasan bagi memenuhi silibus bagi topik pemaham konsep elemen dan prinsip dalam rekaan. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan kaedah triangulasi data yang merangkumi temu bual separa berstruktur, analisis visual, dan pemerhatian bersama tiga(3) informan yang memiliki 15 hingga 23 tahun pengalaman mengajar kursus Design 1 DCA10032 . Lima (5) lukisan mandala telah dipilih secara bertujuan (purposive sampling) berdasarkan penilaian rubrik tertinggi dalam kursus Design 1 bagi sesi 1 2023/2024. Teori Kritikan Seni Feldman digunakan sebagai kerangka utama untuk menganalisis lukisan pelajar yang dinilai. Dapatan kajian mengenal pasti enam (6) tema utama dalam elemen rekaan telah digunakan dan empat (4) tema utama dalam prinsip rekaan berdasarkan peringkat analisis Feldman, iaitu: (i) Kejelasan elemen rekaan melalui peringkat deskripsi; (ii) Kefahaman konseptual melalui peringkat analisis; (iii) Keseimbangan kreativiti dan aplikasi media melalui peringkat interpretasi; dan (iv) Kreativiti penghasilan lukisan mandala melalui peringkat penilaian. Peringkat deskripsi menunjukkan bahawa mandala bercirikan Islam menampilkan struktur simetri, susunan berpusat dan pengulangan motif yang menggabungkan elemen tradisional serta kontemporari. Peringkat analisis melibatkan dua pendekatan utama: visual (geometri Islam, arabesque, kaligrafi Arab dan unsur kosmos. Peringkat interpretasi mengenal pasti lima tema utama: Geometri Islam, Kaligrafi Arab & Arabesque, Motif Alam Semula Jadi, Warna Islamik. Peringkat penilaian pula menunjukkan bahawa lukisan mandala Islamik mampu dihasilkan melalui pendekatan teknikal sistematik. Kajian ini mencadangkan agar penyelidik lain mengkaji organisasi rekaan dalam penghasilan lukisan mandala bagi rujukan pelajar.






