Penglibatan Mahasiswa Dalam Kosiswa di Institut Pengajian Tinggi Awam [Student Involvement In The Cooperative of Public Universities]

  • MOHAMAD HANIFF MOHAMAD HASHIM Institut Koperasi Malaysia
  • SALWANI ALI Institut Koperasi Malaysia
  • MOHD ZAIB MAT YUNUS Institut Koperasi Malaysia

Abstract

Institut Pengajian Tinggi (IPT) merupakan institusi yang bertanggungjawab meningkatkan pengetahuan dan kemahiran berkaitan keusahawanan. Keusahawanan amat penting kerana membantu mahasiswa mencipta peluang pekerjaan sekali gus mengurangkan kadar pengangguran pada masa hadapan. Akan tetapi, penglibatan mahasiswa yang dalam aktiviti keusahawanan di IPT tidak begitu memberangsangkan dan rendah. Antara medium memupuk aktiviti keusahawanan ini ialah melalui berkoperasi. Walaupun bilangan mahasiswa amat ramai dalam sesebuah universiti, penglibatan mahasiswa dalam aktiviti keusahawanan dan berkoperasi masih rendah. Justeru, kajian ini dilaksanakan bertujuan mengenal pasti ciri-ciri, faktor mendorong aktiviti keusahawanan dan penglibatan dalam keusahawanan koperasi anggota Koperasi Siswa (KOSISWA). Kutipan data melibatkan kaedah kuantitatif melalui borang soal selidik. Skop kajian ialah anggota KOSISWA yang terletak dalam Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di seluruh Malaysia. Responden yang terlibat ialah seramai 230 orang anggota. Daripada analisis regresi berganda, faktor utama yang mendorong kepada penglibatan aktiviti keusahawanan KOSISWA ialah Minat. Dapatan kajian ini akan membantu pemegang taruh seperti Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), universiti dan Institut Koperasi Malaysia (IKMa) menambah baik modul, program dan pelan tindakan bagi meningkatkan aktiviti keusahawanan koperasi pada masa hadapan.

Published
2022-05-24