Kata Adjektif dalam Bidang Perubatan Obstetrik & Ginekologi (O&G) Melalui Analisis Buku Infertiliti Hala Tuju, Cabaran dan Seribu Pengharapan
Abstract
Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu tidak dapat disangkal dipisahkan dengan kepentingannya di Malaysia. Hal ini kerana, bahasa Melayu merupakan bahasa utama dan bahasa pertama digunakan dalam bidang pendidikan di Malaysia. Malahan penggunaan bahasa Melayu digunakan dalam bidang perubatan perbidanan dan sakit puan atau Obstetrik & Ginekologi (O&G) untuk menyampaikan ilmu kepada masyarakat melalui salah satu buku bertajuk Infertiliti Hala Tuju, Cabaran dan Seribu Pengharapan tulisan Niz Hazlina Nik Hussain dan Shaiful Bahari Ismail. Oleh itu, kajian yang dijalankan ini bertujuan melihat sejauh mana kepentingan penggunaan kata adjektif dalam penulisan buku bidang perubatan. Selain itu, kajian ini bertujuan menganalisis kewujudan dan pengulangan yang wujud dalam penulisan sebuah buku ini. Analisis data ini mengaplikasikan Teori Hassan & Halliday (1976) untuk menganalisis unsur pengulangan dalam penggunaan kata adjektif. Adalah diharapkan melalui kajian yang dijalankan ini dapat meningkatkan penulisan buku ilmiah dalam bidang perubatan untuk menyampaikan input penting kepada masyarakat umum. Hal ini kerana, penggunaan istilah perubatan yang saintifik menyukarkan sesuatu input berkaitan bidang O&G disampaikan secara terus kepada masyarakat umum.






