[MS] Hujjah Allah al-Balighah by Shah Waliyy Allah al-Dihlawi: An Introduction
Abstract
Khazanah ilmiah silam banyak meninggalkan karya besar yang terus relevan dan menjadi rujukan hingga kini. Karya-karya sebegini perlu diketengahkan supaya umat Islam memperoleh pelbagai manfaat yang terkandung di dalamnya. Maka, kajian ini bertujuan memperkenalkan kitab Hujjah Allah al-Balighah karya Shah Waliyy Allah al-Dihlawi, seorang ulama India abad ke-18 Masihi. Pengenalan kitab meliputi beberapa aspek penting kitab seperti judul, tema, keaslian, terjemahan, ringkasan dan ulasan kitab, edisi cetakan, dorongan penulisan, tujuan penulisan dan kedudukan serta penilaian sarjana terhadap kitab. Selain itu, kajian ini memperkenalkan juga penulisnya yang prolifik, Shah Waliyy Allah. Kaedah kepustakaan berdasarkan kajian kualitatif melalui reka bentuk analisis kandungan digunakan sepenuhnya dalam proses pengumpulan dan penganalisisan data. Daripada analisis dokumen tersebut, pengenalan karya Hujjah Allah dihurai bagi memperoleh gambaran umum tentang kitab. Hasil kajian mendapati, kitab Hujjah Allah merupakan sebuah kitab magnum opus bagi Shah Waliyy Allah. Kitab ini mempunyai keunikan yang tersendiri kerana diangkat sebagai kitab yang berbentuk ensiklopedia dan memuatkan pelbagai khazanah ilmu.






