[MS] Instrument Validation of Emotional Maturity Among Disciplinary Students: Exploratory Factor Analysis (EFA)]

  • Noradilah Abdul Wahab Universiti Malaya
  • Najmi Muhammad Universiti Malaysia Perlis
  • Mohd Sani Ismail Universiti Malaysia Perlis

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk membuat semakan terhadap instrumen kematangan emosi bagi pelajar yang bermasalah disiplin di sekolah. Seramai 100 orang pelajar terlibat sebagai responden dalam kajian ini. Pemboleh ubah yang dikaji dalam kajian ini menggunakan instrumen kematangan emosi (emotional maturity) yang mempunyai lima dimensi iaitu ketidakstabilan emosi, penurunan emosi, ketidakupayaan penyesuaian sosial, kecelaruan personaliti dan tidak berdikari. Instrumen kematangan emosi telah dibangunkan oleh Yashvir Singh dan Mahesh Bhargava. Data dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan kebolehpercayaan Alpha Cronbach dan analisis penerokaan faktor (EFA) dengan menggunakan perisian SPSS. Hasil analisis mendapati nilai Alpha Cronbach yang diperoleh adalah baik iaitu melebihi 0.60. Keputusan daripada analisis faktor penerokaan menunjukkan lima faktor dengan nilai Eigen melebihi 1.0. Nilai KMO (Kaiser-Meyer-Olkin) 0.667 > 0.6 menunjukkan item-item dalam pemboleh ubah kematangan emosi mencukupi untuk inter-korelasi. Manakala Ujian Bartlett adalah signifikan (Chi Square 135.695, p <0.05. nilai anti-image (Measure of Sampling Adequancy, MSA) untuk korelasi item melebihi 0.6. Walaubagaimana pun, terdapat beberapa item yang perlu disisihkan kerana nilai yang diperoleh kurang daripada 0.60 seperti item B2, B8, B9, B12, B14, B21, B28, B29, B30 dan B43. Nilai jumlah varians yang dijelaskan oleh lima faktor tersebut adalah 66.196. Oleh itu, keseluruhan dapatan menunjukkan bahawa item-item bagi instrumen kematangan emosi dapat mengukur dan menjawab objektif kajian.

Published
2019-09-30