[MS] Jihad dan Pentadbiran tentera menurut perspektif Ulama Bosnia-Herzegovina Zaman Pertengahan

  • Amer Hudhaifah Hamzah Universiti Malaya

Abstract

Jihad merupakan aktiviti paling aktif yang dijalankan kerajaan Turki Osmanlı sebagai medium dakwah Islamiyyah terutama sekali di wilayah-wilayah Kristian di benua Eropah. Tetapi, mata para pengganti sultan Osmanlı sering dikaburi kemewahan dunia setelah menakluki kota Constantinople pada 1453. Hal ini mengundang kritikan dari seorang ulama Bosnia, Hasan Kâfî el-Akhisârî. Justeru penelitian bertujuan melihat pemikiran beliau berkenaan pentadbiran dan ketenteraan menerusi karyanya Usul al-Hikam fi Nizam al-'Alam. Kajian ini berbentuk deskriptif dan dianalisis secara kualitatif. Tahapan- tahapan kajian boleh disimpul seperti berikut: 1) pembacaan teks karya, 2) menyorot aspek-aspek penting, dan 3) membandingkannya dengan rujukan utama sejarah Osmanlı. Hasilnya dapat dilihat, jihad dan pentadbiran tentera bagi Shaykh Hasan Kâfî terbina di atas ayat-ayat suci al-Qur’an, al-Sunnah dan ungkapan hikmah. Jihad bertujuan untuk merealisasikan keadilan sejagat. Menerusi sistem ini, sultan diberi mandat ilahi sebagai Nizam al-Alam. Tetapi kepincangan yang terjadi pada 1595 membuktikan wujudnya kelemahan dalam institusi pentadbiran. Aspek ketenteraan, Shaykh Hasan Kâfî menekankan kepentingan pemantauan kesiapsiagaan tentera secara berkala. Perkembangan teknologi persenjataan musuh perlu disaingi bagi mengelakkan tentera Islam ketinggalan dalam menggunakan senjata moden. Jika sultan memasuki medan tempur, baginda seharusnya tidak meninggalkan panji selain perlu berstrategi untuk mengaburi pihak musuh. Pemimpin tentera harus sentiasa memupuk sifat sabar, teguh dan berani dalam hati anggotanya. Shaykh Hasan Kâfî sangat menekankan soal keimanan sebagai faktor kejayaan kerana beliau melihat kemenangan ( الظفر) berkait rapat dengan pertolongan dari .)التقوى ( dan ketakwaan )الصلاح ( Allah s.w.t. Justeru beliau menjadikan teras keduanya adalah kebaikan Keingkaran (العصيان) dan melampaui batas (البغي) diletakkan sebagai faktor kegagalan. Beliau juga mengatakan gencatan senjata adalah baik dan memerangi orang yang meminta perlindungan adalah suatu kesalahan terbesar seorang ketua tentera.

Published
2019-09-30