Keberkesanan Kursus Jangka Pendek Anjuran Kolej Komuniti Ledang Johor Terhadap Alumni

  • Rizarina Ekhwan Kolej Komuniti Ledang Johor
  • Siti Hazwani Rosli Kolej Komuniti Ledang Johor
  • Razzatul Iza Zurita Rasalli Kolej Komuniti Ledang Johor

Abstract

Pembangunan modal insan merupakan satu wacana penting dalam kemajuan sesebuah negara. Bagi meningkatkan kemahiran masyarakat terutama golongan B40 adalah dengan menyediakan latihan-latihan atau kursus-kursus yang sesuai untuk membolehkan mereka samada menjalankan projek-projek keusahawanan ataupun melibatkan diri dalam program perniagaan yang telah tersedia. Bagi tujuan tersebut, Kolej Komuniti Ledang Johor (KKLJ) telah memainkan peranan yang signifikasi dalam menyumbang tenaga pakar bagi merealisasikan hasrat dan tujuan kerajaan selain membantu mengembangkan lagi sektor ekonomi negara. Sehubungan dengan itu, kertas ini dikemukakan bertujuan melihat potensi kursus-kursus sampingan yang dianjurkan oleh kolej komuniti dan penglibatan alumni terhadap kursus-kursus yang ditawarkan. Metodologi kajian ini ialah melalui soal selidik yang diedarkan kepada alumni-alumni kolej komuniti seramai 250 koresponden. Kajian ini melihat penglibatan semula alumni dalam kursus-kursus jangka pendek.

Published
2020-02-19