Pelaksanaan Bimbingan Spritual di Hospital Mesra Ibadah (HMI) Negeri Selangor [The Implementation of Spiritual Guidance at Worship-Friendly Hospital in Selangor]
Abstract
Pesakit di hospital tidak sekadar memerlukan kepada rawatan klinikal, tetapi mereka juga memerlukan bimbingan spirituil bagi mendapatkan rawatan yang holistik dan pemulihan yang menyeluruh. Bimbingan ini merupakan elemen penting dalam penyembuhan kerana manusia yang mengalami sakit fizikal juga akan mengalami masalah spirituil sama ada sedikit ataupun banyak. Program Hospital Mesra Ibadah (HMI) merupakan salah satu usaha yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk dilaksanakan semua hospital awam sejak 2016 bagi tujuan rawatan secara holistik. Terdapat tiga tahap bimbingan spirituil yang digunakan dalam usaha membantu proses penyembuhan pesakit iaitu nasihat, bimbingan tunjuk cara dan pengukuhan emosi dan psikologi (psikoterapi). Objektif artikel ini ialah membincangkan pelaksanaan bimbingan spirituil di HMI menerusi tiga tahap di atas di Hospital di Selangor. Temubual telah dilakukan dengan Ketua Unit Hal Ehwal Islam di enam buah hospital rintis yang melaksanakan HMI di Negeri Selangor iaitu Serdang, Kajang, Banting, Klang, Sungai Buloh dan Ampang. Kajian mendapati ketiga-tiga tahap itu diamalkan tetapi pelaksanaan di setiap satu hospital dilakukan dengan cara yang tersendiri berdasarkan kepada pengetahuan dan pengalaman masing-masing kerana tiada panduan khusus dalam pelaksanaannya. Pendekatan nasihat dan bimbingan tunjuk cara dijalankan secara teratur namun bagi pendekatan bantuan pengukuhan emosi dan psikologi (psikoterapi) tidak dapat dijalankan dengan sempurna rentetan kekangan kemahiran. Pendekatan ini lebih menjurus kepada pengalaman yang dibina hasil daripada kes-kes yang berlaku di hospital.






