Pendekatan Dakwah Terhadap Masyarakat Majmuk berdasarkan Kitab Fiqh Dawlah Karya Yusuf al-Qaradawi [Dakwah Approach to A Plural Society Based on The Book of Fiqh Dawlah by Yusuf al-Qaradawi]
Abstract
Artikel ini membincangkan tentang pendekatan dakwah terhadap masyarakat majmuk oleh seorang tokoh pemikir Islam iaitu Yusuf al-Qaradawi. Penulisan ini memberi penekanan terhadap pendekatan dakwah beliau berdasarkan salah sebuah karya agungnya, Kitab Fiqh Dawlah. Objektif kajian ini akan melibatkan kepada tiga perbahasan iaitu untuk memaparkan konsep pendekatan dakwah yang umum, latar belakang Yusuf al-Qaradawi dan di samping bertujuan untuk menganalisis pendekatan dakwah terhadap masyarakat majmuk menerusi Kitab Fiqh Dawlah. Keseluruhan artikel ini menggunakan kaedah kualitatif menerusi kajian perpustakaan bagi mendapatkan maklumat berkaitan dengan biografi Yusuf al-Qaradawi dan analisis kandungan dengan mencerakinkan data pendekatan dakwah dalam karyanya, Kitab Fiqh Dawlah. Hasil daripada kajian ini telah membuktikan bahawa Yusuf al-Qaradawi telah menggunakan pelbagai pendekatan dakwah terhadap masyarakat majmuk menerusi karyanya, Kitab Fiqh Dawlah. Seterusnya, kajian ini juga turut dilaksanakan untuk memberi pendedahan kepada para pendakwah di luar sana untuk menggunakan metode yang sesuai dalam menyampaikan dakwah terhadap kumpulan sasaran.






