Tinjauan Pemikiran Tauhid Tok Ku Paloh dalam Kitab Ma'arij al-Lahfan [A Review of Tok Ku Paloh’s Tauhid Thought in Ma’arij al-Lahfan]

  • Ahmad Zamani Nawi Universiti Sultan Zainal Abidin
  • Abdul Manam Mohamad Universiti Sultan Zainal Abidin
  • Mustaffami Imas Universiti Sultan Zainal Abidin
  • Mohd Firdaus Jusoh Universiti Sultan Zainal Abidin

Abstract

Tok Ku Paloh merupakan salah seorang ulama Terengganu yang terkenal, dan beliau telah

menghasilkan beberapa karya, antaranya kitab Maarij al-Lahfa n yang membahaskan persoalan

tasawuf. Antara aspek yang dibahaskan dalam karya tersebut ialah mengenai persoalan tauhid.

Huraian tauhid yang dikemukakan oleh beliau agak berlainan daripada apa yang didapati dalam

banyak kitab tauhid. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk memahami dan menilai pemikiran

beliau mengenai persoalan tauhid yang dimuatkan dalam kitab tersebut. Kajian ini adalah kajian

kualitatif yang berbentuk dokumentasi. Data dikumpulkan daripada karya Tok Ku Paloh, kitab

Ma’arij al-Lahfan, dan juga karya-karya ulama yang membahaskan persoalan berkaitan. Kajian

ini mendapati bahawa perbahasan mengenai persoalan tauhid yang dikemukakan oleh Tok Ku

Paloh merupakan tauhid yang bercorak tasawuf di mana ia selaras dengan apa yang

dikemukakan oleh tokoh-tokoh tasawuf.

Published
2020-11-24