Aplikasi Syarat-syarat Qira'at Mutawatirah sebagai Kaedah Penentu Kesahan Data Penyelidikan Berkaitan Islam [Application of The Requirements in Qiraat Mutawatirah As a Method in Determining The Validity Of Data in Islamic-Based Research Methodology]

  • Nur Sakiinah Ab Aziz Universiti Sultan Zainal Abidin
  • Mohamed Fathy Mohamed Abdelgelil Universiti Sultan Zainal Abidin
  • A'tarahim Mohd Razali Universiti Sultan Zainal Abidin
  • Hussein Ali Abdullah al-Thulaia Universiti Sultan Zainal Abidin
  • Kasimah Kamaruddin Universiti Sultan Zainal Abidin

Abstract

Qiraat Mutawatirah merupakan qiraat (bacaan) yang disepakati ulama qiraat sebagai qiraat yang sahih (tepat) dan dikira sebagai bacaan al-Qur’an. Membaca al-Qur’an dengan menggunakan Qiraat Mutawatirah adalah ibadah dan mendapat pahala. Bagi memastikan sesuatu qiraat itu merupakan Qiraat Mutawatirah, ulama telah meletakkan syarat-syarat tertentu agar qiraat-qiraat yang sahih ini tidak bercampur dengan qiraat yang meragukan dan yang direka-reka. Kajian ini mendapati syarat-syarat tersebut boleh digunakan dalam kaedah penentu kesahan data penyelidikan masa kini bagi memastikan sesuatu penyelidikan itu memperoleh data yang tepat. Oleh yang demikian, kertas kerja ini mempunyai dua tujuan utama. Pertama, mengenal pasti syarat-syarat Qiraat Mutawatirah. Kedua, menganalisis syarat-syarat tersebut untuk diaplikasikan dalam kaedah penentu kesahan data penyelidikan berkaitan Islam. Persoalannya, apakah syarat-syarat Qiraat Mutawatirah? Adakah syarat-syarat itu sesuai diaplikasikan dalam konteks penyelidikan masa kini?. Kaedah kepustakaan dan analisis kandungan digunakan bagi menjawab kedua-dua persoalan tersebut. Sebagai rumusan, didapati unsur-unsur yang terdapat dalam syarat-syarat tersebut seperti sanad yang mutawatir, bilangan perawi, dan ciri-ciri perawi boleh digunakan dalam kaedah penentu kesahan data penyelidikan berkaitan Islam.

Published
2020-11-24