Kecenderungan Pengurusan dalam Elemen 7 Penjanaan Pendapatan 2011-2019 Creative Design Centre (CDeC) di Pusat Teknologi Politeknik Malaysia
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menganalisa jumlah pendapatan pusat kreatif daripada tahun 2015-2019. Kesan pertukaran pengurus di Creative Design Centre (CDeC) terhadap hala tuju elemen penjanaan pendapatan bagi audit pengiktirafan daripada Centre of Technology(COT) juga dikaji. Kajian dianalisis berdasarkan laporan tahunan pencapaian Key Performance Indicator (KPI) dari tahun 2015 hingga 2019. Kajian ini penting bagi menganalisis kekuatan pentadbiran bagi mengekalkan jumlah KPI penjanaan pendapatan RM100,000.00 setahun sepertimana syarat dalam Buku Garis Panduan COT Edisi 2015 dan 2020 . Dapatan kajian mendapati LIMA (5) orang pengurus - telah mentadbir Creative Design Centre sejak penubuhan pada tahun 2011 hingga 2020 yang terdiri daripada DUA pegawai dari bidang rekabentuk, DUA (2) pegawai dari bidang kejuruteraan dan SATU (1) dalam bidang pengajian am. Dapatan kajian menunjukkan terdapat TIGA (3) pecahan penjanaan pendapatan pada elemen 7.0 audit COT. Pecahan pertama penjana hasil pendapatan yang dijana atau dihasilkan daripada aktiviti kolaborasi, perkhidmatan kepakaran (ES), penyelidikan dan inovasi (R&I) serta melalui KPI pengajaran dan pembelajaran (T&L). Penerbitan dan pengiktirafan juga telah menghasilkan pendapatan tunai urusniaga yang dimasukkan ke dalam tabung amanah atau koperasi institusi. Pecahan kedua adalah pendapatan hasil kerjasama bersama industri luar yang ditaja oleh pihak syarikat atau insdustri luar. Manakala pecahan ketiga adalah jumlah geran yang diperolehi daripada industri atau geran penyelidikan. Tahun 2019 adalah pencapaian tertinggi dengan jumlah pendapatan RM365,345.00 manakala tahun 2015 hingga 2019 jumlah terkumpul pada setiap tahun adalah antara RM101,077.65 hingga RM 148,390.00. Tahun 2019 juga mencatatkan pencapaian tertinggi bagi penjualan produk dan perkhidmatan secara tunai dengan jumlah RM 218,389.00. Bagi pecahan endowment tahun 2018 mencatatkan pencapaian terbaik dengan nilai endowment sebanyak RM68,522.90. Manakala tahun 2016 mencatat pecahan geran terbanyak dengan nilaian RM134,200.00. Penjanaan pendapatan melalui geran menunjukkan tahun 2015 sehingga 2017 menyumbang 60% sehingga 100% daripada jumlah RM100,000 yang perlu dicapai. Dapatan ini menunjukkan pertukaran pengurus amat mempengaruhi hala tuju penjanaan pendapatan.






