Sastra Lisan Memperkasa Bahasa Minangkabau Menerusi Lagu dan Persembahan Kebudayaan dalam Konteks di Malaysia [Oral Literature Strengthens Minangkabau Language Through Songs and Cultural Performance in Malaysia]
Abstract
Sastera lisan merupakan sebahagian daripada budaya yang berkembang dan dinikmati dalam masyarakat Melayu Minang. Tradisi lisan yang disampaikan secara turun temurun berfungsi sebagai hiburan dan pendidikan. Objektif penelitian ini ialah untuk mendeskripsi fungsi sastera lisan yang bukan hanya dilihat sebagai medium hiburan semata-mata, tetapi dapat memperkasa Bahasa Minangkabau. Penelitian secara kualitatif ini dilakukan melalui dua kaedah: pemerhatian terhadap penyampaian sastera lisan dalam lagu dan persembahan kebudayaan dalam masyarakat Melayu Minang di Malaysia dan kajian pustaka. Hasil daripada penelitian dapat dirumuskan beberapa perkara. Pertama, menerusi persembahan randai/teater Minang, pantun dan nyanyian rakyat, bahasa Minangkabau dapat diperkukuh dalam masyarakat. Kedua, seni persembahan berbahasa Minangkabau berupaya memenuhi hasrat, cita-cita dan sumber inspirasi ke arah kehidupan yang lebih baik dalam kalangan pendukungnya yang mempunyai hubungan sejarah dan budaya dengan masyarakat Minangkabau di Sumatera Barat, Indonesia.






