Perancangan Pengajaran Guru dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan: Satu Kajian Rintis [Teacher Teaching Planning in Learning and Facilitating: A Pilot Study]
Abstract
Guru memainkan peranan watak utama yang melaksanakan dasar-dasar pendidikan negara
sepertimana yang telah digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM
2013-2025). Guru bertindak sebagai tenaga pengajar, pengasuh dan pengurus serta berperanan
sebagai fasilitator, mentor dan kaunselor sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran di
dalam bilik darjah. Sejajar dengan pelaksananaan pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc)
yang terkandung dalam Standard Kualiti Pendidikan Malaysia, murid yang didedahkan dengan
pembelajaran yang berpusatkan murid menunjukkan kefahaman yang lebih tinggi dan
gambaran yang lebih positif berbanding kaedah konvensional. Justeru, makalah ini mengupas
dan memperincikan amalan PdPc bagi meningkatkan tahap kualiti pengajaran dan
pembelajaran (PdP) dalam kalangan guru sekolah rendah serta permasalahan yang timbul
sepanjang pelaksanaannya. Kajian rintis ini bertujuan untuk mengenalpasti kesahan dan
kebolehpercayaan item soal selidik amalan perancangan pengajaran guru dengan faktor proses
dan suasana pembelajaran di dalam kelas. Kajian kuantitatif ini menggunakan persampelan
rawak mudah dan mengadaptasi soal selidik daripada instrumen penilaian kendiri prestasi guru
dalam Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2). Data yang diperoleh
dianalisis menggunakan statistik deskriptif melalui Statistical Package for the Social Sciences
(SPSS versi 20.0). Kajian mendapati instrumen yang dibina telah mencapai tahap
kebolehpercayaan yang tinggi (nilai Cronbach’s alpha= 0.872), kesemua sembilan item sesuai
digunakan serta tiada item yang perlu dibaiki. Secara keseluruhan min, varians dan sisihan
piawai memberikan nilai yang tinggi apabila kontsruk perancangan pengajaran guru berada
pada tahap yang tinggi. Kajian ini dapat memberi manfaat kepada guru-guru, guru besar atau
pentadbir, Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan juga Kementerian
Pendidikan Malaysia dalam usaha meningkatkan kualiti perancangan pengajaran dalam
kalangan guru-guru sekolah rendah selain turut menjadi sumber rujukan dalam menghadapi
pendidikan era globalisasi abad ke 21.






