Penampilan Mona Fandey Sebagai Legenda Urban, Menggamit Kontroversi di Dunia Siber [Mona Fandey's Appearances as an Urban Legend, Sparked Controversy in The Cyberspace]
Abstract
Mona Fandey, figura yang mencetuskan kontroversi sekitar tahun 1990-an. Sehingga kini nama
beliau masih lagi menjadi titipan bagi warga siber terutamanya, bagi mengetahui kisah misteri
di sebalik penampilan beliau. Penemuan mayat ahli politik, Mazlan Idris pada 1993 telah
mencetuskan suatu fenomena kerana keadaan mangsa yang dikerat kepada 18 bahagian serta
ditanam di sebuah rumah tinggal di Raub, Pahang. Lebih menarik perhatian khalayak adalah
penampilan Mona Fandey yang ternyata menimbulkan aura ‘seram’ kerana dikaitkan dengan
pengamalan ilmu hitam beliau. Pakaian, tata rias wajah (mekap) di samping sering
melemparkan senyuman tatkala hadir perbicaraan di mahkamah telah meninggalkan tanda
tanya serta mewujudkan sebuah kumpulan folklor urban yang membicarakan tentang perilaku
serta tindak-tanduk Mona Fandey. Justeru itu, lama-kelamaan sesawang dipenuhi dengan
tafsiran-tafsiran yang kebanyakannya bersifat negatif malah ada yang menjadikannya sebagai
suatu humor bagi merancakkan lagi pembicaraan di siber. Justeru itu dengan terbinanya
platform sesawang ini, nama Mona Fandey kembali menjadi perhatian sekali gus menjadikan
beliau sebagai legenda urban di Malaysia.






