Editorial Buku Agama: Satu Kajian Terhadap Kriteria Penilaian Manuskrip [Religious Books Editorial: A Research on The Manuscript Appraisal Criteria]

  • Mohamad Suhaizi Suhaimi Universiti Antarabangsa Malaysia
  • Sharil Nizam Sha’ri Universiti Antarabangsa Malaysia

Abstract

Penilaian manuskrip untuk diterbitkan menjadi salah satu peranan editor dalam menyunting
naskhah yang dihantar oleh penulis. Hal ini demikian kerana, editor berperanan dalam
memastikan penghantaran karya berada dalam keadaan yang menepati kriteria yang ditetapkan
oleh syarikat penerbitan. Namun begitu, kriteria penilaian yang menjadi pilihan para editor
buku agama masih dilihat tidak jelas dan membentuk kesukaran untuk menerbitkan karya yang
dihantar oleh para penulis. Oleh itu, kajian ini dilakukan bertujuan melihat kriteria-kriteria yang
menjadi pilihan para editor buku agama terhadap manuskrip yang diterima oleh mereka untuk
diterbitkan. Tambahan pula, pemilihan buku agama dibuat berikutan permintaan tinggi
terhadap buku-buku tersebut yang telah mendorong persaingan sihat dalam kalangan penerbit
tempatan. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif yang menggunakan instrumen soal
selidik bagi menanyakan pandangan para editor terhadap kriteria manuskrip yang dipilih.
Seramai tujuh orang editor dipilih masing-masing daripada dua buah syarikat penerbitan yang
memiliki penerbitan buku agama iaitu Kemilau Publika Sdn. Bhd. dan Telaga Biru Sdn. Bhd.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat lima tema telah ditemui iaitu Kandungan
maklumat, Pentafsiran, Keseimbangan, Keaslian dan Daya penarik bagi mengenal pasti
kriteria-kriteria yang menjadi pilihan para editor terhadap manuskrip yang dihantar oleh penulis
bagi tujuan penerbitan. Kajian ini dilihat membantu para editor di samping syarikat penerbitan
buku agama dalam menghasilkan karya berunsur Islam yang lebih berimpak tinggi dan
berstruktur.

Published
2020-12-21