The Dinamisme Kewartawanan Pemertikaian dan Hubungannya dengan Keretakan Hegemoni [The Dynamism of Contentious Journalism & Its Relationship with The Fracture of Hegemony]

  • Mohd Amirul Akhbar Mohd Zulkifli Universiti Teknologi MARA

Abstract

Kewartawanan pemertikaian memiliki aspek pensejarahannya yang panjang bermula selepas
Perang Dunia Kedua. Kajian ini membincangkan sejarah kewartawanan pemertikaian dengan
memberikan fokus terhadap susur galurnya yang dimulai dengan kewartawanan baru yang
mencabar perspektif mainstream. Kedatangan teknologi komunikasi kemudiannya telah
membantu mempercepatkan penyebaran maklumat dan berita sekali gus memperkukuhkan
kewartawanan baru yang berevolusi menjadi kewartawanan pemertikaian. Selain itu kajian ini
juga akan menganalisis hubungan yang wujud di antara kewartawanan pemertikaian dan
sumbangannya terhadap keretakan hegemoni. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu
yang melibatkan historical study dan analisa kandungan terhadap buku dan jurnal. Hasil kajian
mendapati teknologi komunikasi adalah pemangkin kepada dinamisme kewartawanan
pemertikaian yang disebar luas menerusi platform media sosial. Selain itu turut menyumbang
kepada keretakan hegemoni disebabkan pihak pemerintah tidak dapat mengawal media sosial
masa ini.

Published
2021-04-01