Model Pengurusan Wakafpreneur Kontemporari: Kajian Kes di Institut Wakafpreneur Indonesia [Management Contemporary of Wakfpreneur Model]

  • Mohamad Saufee Anuar Waqf An-Nur Corporation Berhad
  • Mohd Sollehudin Shuib Islamic Business UUM College of Business
  • Imam Nur Azis Pesuruhjaya Badan Wakaf Indonesia

Abstract

Malaysia sebagai sebuah negara Islam telah melaksanakan pelbagai inisiatif filantrofi Islam.
Namun ada lagi sisi filantropi seperti model wakafpreneur belum dikembangkan sepenuhnya
di ngara ini. Justeru itu, tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji konsep dan model
wakafprenuer yang sedia ada dan model baharu yang boleh dicadangkan berdasarkan amalan
di negara lain. Model wakafpreneur di Indonesia akan dijadikan asas kajian ini. Wakafpreneur
di Indonesia merupakan satu inisiatif pembentukan model wakaf menerusi usahawan. Kaedah
temu bual digunakan dalam mendapatkan dana utama berkaitan wakafpreneur dan wakaf
korporat. Penelitian dokumen turut membantu menguatkan dapatan. Dapatan menunjukkan
terdapat dua jenis model dalam pembentukan ini iaitu wakaf korporat dan wakaf usahawan.
Dapatan kajian ini boleh dijadikan rujukan dalam usaha melestarikan lagi idea wakafpreneur
pada masa depan.

Published
2021-04-01