Amalan Gaya Hidup Sihat Ketika Pandemik Covid-19 Memenuhi Tuntutan Maqasid Al-Syariah [Healthy Lifestyle Practices During Pandemic Covid-19 Meet The Demands of Maqasid Al-Syariah]
Abstract
Peningkatan statistik kes COVID-19 hari demi hari sangat membimbangkan kerana penularan
wabak ini mampu meninggalkan banyak kesan negatif kepada masyarakat. Justeru, penulisan
ini mengkaji amalan gaya hidup sihat dalam mendepani wabak COVID-19 berteraskan syariah.
Dalam hal ini, Islam bukan sahaja menitikberatkan penjagaan kesihatan jasmani malahan juga
rohani. Aspek pemakanan, kesihatan fizikal, kesejahteraan keagamaan, kesejahteraan
hubungan sosial dan kesihatan mental merupakan elemen gaya hidup yang perlu diberi
perhatian bagi memastikan kesihatan diri berada pada tahap optimum. Kajian tinjauan
dijalankan secara kuantitatif menggunakan borang soal selidik melibatkan masyarakat di
Selangor. Dapatan kajian berbentuk deskriptif secara peratusan mendapati beberapa elemen
gaya hidup sihat telah dipraktikkan. Walau bagaimanapun, masih terdapat segelintir yang
kurang mengambil berat tentangnya. Oleh itu, kesedaran mengamalkan gaya hidup sihat ini
perlu diterapkan dalam masyarakat kerana amalan sebegini mampu memenuhi tuntutan
maqasid al-syariah.






