Mendepani Cabaran Literasi Pembelajaran Bahasa Melayu dalam Kalangan Murid Orang Asli Jakun Lenga, Johor: Satu Tinjauan Awal [Challenges Facing Literacy Learning of Malay Language Among Students of Orang Asli Jakun, Lenga Johor: A Preliminary Survey]

  • Nurul Jamilah Rosly IIUM Pagoh
  • Nor Zainiyah Zarita Mokhtar IIUM Pagoh

Abstract

Kajian ini bertujuan mengenalpasti teknik pengajaran literasi bahasa Melayu disamping
mengenalpasti masalah literasi yang dialami oleh murid Orang Asli di Lenga, Johor. Kajian ini
adalah berbentuk kajian kes yang menggunakan pendekatan kualitatif dengan teknik
pensampelan bertujuan. Seramai lima orang guru bahasa Melayu dipilih sebagai peserta kajian
serta menggunakan sampel kajian daripada 23 orang murid Orang Asli keturunan Jakun dalam
Tahun 1 hingga Tahun 6. Lokasi kajian memfokuskan kajian di sebuah sekolah rendah
kebangsaan di daerah Lenga. Kajian ini juga menggunakan data temu bual yang disokong oleh
data pemerhatian dan analisis dokumen. Hasil kajian mendapati teknik pengajaran dan
pembelajaran bahasa Melayu berjalan dengan lancar dan sistematik sesuai dengan tahap
keperluan pelajar. Hasil pemerhatian juga mendapati murid Orang Asli dapat mengikuti
pengajaran dan pembelajaran sesuai dengan rancangan aktiviti yang ditentukan oleh guru.
Namun didapati terdapat masalah utama yang dihadapi dalam pembelajaran literasi bahasa
Melayu ini iaitu isu motivasi pelajar dan sikap ibu dan bapa masyarakat orang Asli tersebut
dalam memberi motivasi kepada anak mereka untuk terus belajar. Selain itu, faktor kesedaran
masyarakat orang Asli tersebut yang tidak meletakkan pendidikan sebagai satu jaminan pada
masa hadapan untuk terus berjaya. Faktor ini juga mejejaskan minat kepada anak-anak orang
Asli ini untuk terus mempelajari bahasa Melayu kerana mereka menganggap tiada kepentingan
untuk bertutur dalam bahasa Melayu berbanding bahasa inbunda mereka. Oleh itu, hasil kajian
ini diharapkan dapat memberi input kepada pembinaan kurikulum, pentadbiran sekolah dan
guru-guru yang mengajar murid Orang Asli.

Published
2021-06-21