Amalan Pengurusan Pertubuhan Sukarela: Isu Pengekalan Mahasiswa dalam Aktiviti Kesukarelawanan [Management Practices of Volunteer Organizations: Retention of Students in Volunteer Activities]

  • Normah Awang Noh Universiti Sultan Zainal Abidin
  • Siti Nurziana Mohd Zin Universiti Sultan Zainal Abidin

Abstract

Penglibatan dalam kesukarelawanan mendatangkan pelbagai manfaat bukan sahaja kepada
individu tetapi juga kepada masyarakat dan negara. Walau bagaimanapun, ketidakaktifan
penglibatan generasi muda terutamanya mahasiswa membimbangkan pelbagai pihak. Selain
ketidakaktifan, isu pengekalan sukarelawan dalam organisasi juga menjadi satu cabaran
terutamanya kepada pihak pengurusan sukarelawan. Keadaan ini menyebabkan berlakunya
krisis sumber tenaga sukarelawan yang menyukarkan perlaksanaan sesuatu program
kesukarelawanan. Isu pengekalan sukarelawan dapat dikaitkan dengan pelbagai faktor sama
ada disebabkan kewujudan pelbagai halangan ataupun disebabkan oleh kelemahan dalam
pengurusan pertubuhan sukarela itu sendiri. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan untuk
mengkaji apakah amalan-amalan pengurusan pertubuhan sukarela dalam memastikan
pengekalan atau komitmen sukarelawan bagi jangka masa yang lama. Kajian ini menggunakan
pendekatan kuantitatif yang menggunakan soal selidik melalui online survey yang disediakan
melalui google form. Seramai 50 orang mahasiswa yang menganggotai persatuan Sukarelawan
Siswa Unisza (PERSIS) telah dipilih sebagai responden kajian. Data yang diperoleh telah
dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 26. Amalan pengurusan sukarela dilihat
daripada enam aspek iaitu melibatkan skop kerja, perancangan dan penyusunan program yang
baik, sokongan dan motivasi pihak pengurusan, pembahagian tugasan yang bersesuaian,
penghargaan dan pengiktirafan serta pemberian autonomi kepada sukarelawan. Hasil kajian
menunjukkan sebilangan besar responden bersetuju (>80%) bahawa aspek tersebut perlu diberi
perhatian oleh pengurusan sukarelawan bagi memastikan pengekalan sukarelawan dalam
aktiviti kesukarelawanan.

Published
2021-06-21