Pembangunan Wakaf Di Terengganu: Kajian Terhadap Kedudukan ‘Sijil Perakuan Siap Dan Pematuhan’ Certificate of Completion and Compliance (Ccc) [Waqf Development in Terengganu: A Study Towards the Position of Certificate of Completion and Compliance (Ccc)
Abstract
Pembangunan tanah wakaf merupakan perkara penting yang perlu dilaksanakan oleh pihak
Majlis Agama Islam Negeri (MAIN). Di Terengganu, Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu
Terengganu (MAIDAM) merupakan agensi yang bertanggungjawab bagi mengurus segala hal
ehwal tanah wakaf. Oleh demikian, terdapat cabaran bagi membangun tanah wakaf terutamanya
kedudukan Certificate of Completion and Compliance (CCC) atau ‘Sijil Perakuan Siap Dan
Pematuhan’. Bagi mengenal pasti cabaran tersebut, kajian ini telah dilaksanakan melalui kajian
kualitatif manakala pendekatan pula berdasarkan kaedah penerokaan. Selain kajian
perpustakaan, kajian lapangan juga turut dilaksanakan iaitu proses temu bual beberapa pegawai
wakaf MAIDAM. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa CCC yang tidak boleh diaplikasikan
ke atas pembangunan wakaf di Terengganu disebabkan keputusan fatwa tidak membenarkan.
Susulan itu, pihak MAIDAM telah bekerjasama dengan pihak agensi yang terlibat bagi
pengurusan CCC terutamanya Tenaga Nasional Berhad (TNB) supaya dapat diguna pakai
dokumen secara khusus agar kedudukan CCC dapat mencapai penyelesaian.






