[MS] Pemikiran wasatiyyah dan peminggiran ekstremisme dalam konteks negara Malaysia [Wasatiyyah Thinking and Marginalization of Extremism in The Context of Malaysia]

  • Hanif Md Lateh Universiti Sultan Zainal Abidin
  • Mohd Irman Mohd Abd Nasir Universiti Sultan Zainal Abidin

Abstract

Gagasan Wasatiyyah yang diketengahkan sebagai wahana peringkat Malaysia secara nasional adalah pada tahun 2010 melalui Perdana Menteri pada masa tersebut. Gagasan ini secara amnya bermaksud tidak ekstrem. Seiring dengan slogan dan pembumian sifat Wasatiyyah dalam kalangan warga Malaysia adalah sangat sesuai dengan gelombang perkembangan kumpulan ekstremis yang berteraskan agama. Rekod tangkapan oleh pihak Polis Diraja Malaysia antara tahun 2013 hingga 2019 adalah mencecah 400 orang. Pada tahun 2018, seramai 73 orang banduan yang telah disabitkan kesalahan dengan keganasan dan ditangkap di bawah SOSMA, manakala pada tahun 2020, terdapat pertambahan iaitu menjadi 81 orang. Justeru, pengakaran konsep Wasatiyyah secara nasional boleh mengimbangi faktor penglibatan dalam pemikiran ekstremisme. Justeru, kajian ini akan membuat komparatif terhadap asas konsep Wasatiyyah yang disemai dalam acuan Malaysia terhadap faktor penglibatan rakyat Malaysia terhadap ekstremisme khususnya dari kalangan B40. Kajian ini adalah jenis kualitatif dengan pendekatan analisis kandungan. Pengumpulan data dibuat dengan merujuk pada sumber berkait gagasan Wasatiyyah. Selanjutnya, data faktor penglibatan temu bual terhadap bekas tahanan dan banduan yang ditahan atau disabitkan dengan SOSMA, Kanun Keseksaan, POTA atau POCA. Seramai lima bekas tahanan, dan 31 banduan ditemu bual. Data telah ditriangulasi menggunakan sumber primer, temu bual terhadap seramai dua panel deradikalisasi, seorang pegawai polis berpangkat Deputy Superitendent bahagian E8. Kajian dianalisis menggunakan pendekatan tematik dan kesahan melalui dapatan silang intercoder. Secara keseluruhan, dalam konsep Wasatiyyah yang dikeluarkan adalah berasaskan prinsip dalam Islam. Sementara itu, bagi faktor penglibatan, kajian mendapati terdapat sembilan faktor yang menjadi basis dalam penglibatan golongan B40. Kesemua faktor ini mempunyai kaitan antara satu sama lain dan memerlukan langkah pencegahan jangka pendek dan panjang. Justeru, komparatif antara prinsip Wasatiyyah yang dikemukakan mempunyai kaitan setelah dianalisis secara silang. Penguasaan prinsip Wasatiyyah akan berjaya meminggirkan ekstremisme. Oleh itu, kajian ini mendokong usaha pemupukan sifat Wasatiyyah untuk diterapkan dalam setiap lapisan masyarakat, khususnya golongan B40 yang merupakan pihak majoriti terpengaruh dengan gerakan ekstremisme.

Published
2022-12-31