[MS] Proses Fonologi dalam Kata Kerja Mu’tal Ajwaf [The Phonological Processes in Hallow Verbs]

  • Azhani Almuddin Universiti Teknologi MARA
  • Syahirah Almuddin Universiti Teknologi MARA

Abstract

Kajian ini diketengahkan bertujuan untuk mengkaji proses fonologi yang berlaku terhadap input
kepada output kata bagi kata kerja muʻtal ajwaf menurut representasi fonologi mora yang
melibatkan perubahan geluncuran /w/ atau /j/ kepada vokal panjang [a]. Bagi menjelaskan
proses fonologi yang berlaku, kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif. Data diperoleh
menggunakan kaedah sampel bertujuan. Hal ini kerana, Muʻjam Mufradāt al-Ibdāl wa al-Iʻlāl
fī al-Qur’ān al-Karīm menyenaraikan keseluruhan perkataan yang mengalami proses ibdāl dan
iʻlāl termasuk kata kerja muʻtal ajwaf yang terdapat dalam teks al-Quran. Oleh kerana kajian
ini hanya memfokuskan kepada perubahan fonologi melibatkan kata kerja muʻtal ajwaf, maka
hanya perkataan yang dikategorikan sebagai kata kerja muʻtal ajwaf sahaja yang akan
dikeluarkan dan dipilih sebagai data kajian. Data yang diperoleh akan diwakilkan oleh satu
perkataan yang dipilih secara rawak untuk dianalisis menggunakan kerangka teoretis
representasi fonologi mora dan dijelaskan secara deskriptif. Hasil kajian ini mendapati proses
fonologi yang berlaku terhadap input kepada output kata kerja muʻtal ajwaf dilaksanakan
melalui proses pengguguran geluncuran (penyahhubungan geluncuran), proses penyukuan
semula suku kata dan proses pemanjangan vokal rendah /a/ (pemanjangan kompensatori).
Kajian ini juga melihat, transkripsi segmen yang mengalami proses perubahan bunyi adalah
lebih tepat di transkripsi sebagai bunyi geluncuran berbanding vokal.

Published
2023-02-01