[MS] Platform Bahan Pembelajaran Bahasa Arab Interaktif dalam Proses P&P: Kajian Awal Keperluan di USIM  [Interactive Learning Arabic Materials Platform in T&L Process:   A Preliminary Study at USIM]

  • Azlan Shaiful Baharum Universiti Sains Islam Malaysia
  • Ummu Hani Abas Universiti Sains Islam Malaysia
  • Ahmad Asyraf Mat Ali Universiti Sains Islam Malaysia
  • Mohd Naser Mohd Sabri Universiti Sains Islam Malaysia
  • Mohamad Hazwan Abdul Rahman Universiti Sains Islam Malaysia
  • Mohamad Shukri Yazid Universiti Sains Islam Malaysia

Abstract

Para pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) wajib mempelajari kemahiran bahasa
Arab terutama sekali kemahiran bertutur. Ia merupakan sebahagian daripada silibus dan modul
dalam meningkatkan kemahiran berkomunikasi bahasa Arab dengan fasih dan lancar. Tujuan
kajian ini adalah untuk mendapatkan pandangan awal berkenaan platform pengajaran
kemahiran bertutur bahasa Arab interaktif dan efektif yang boleh menjadi nilai tambah dalam
menguasai kemahiran tersebut. Ia direka bentuk bertujuan untuk menyediakan satu platform
sehenti (one-stop Centre) digital yang mengumpulkan pelbagai laman sesawang dan kamus
elektronik yang mudah di akses, interaktif dan berkesan berdasarkan keutamaan kendiri (self-
preference) dan ia juga bersifat mesra pengguna (self-explanatory dan self- delivery) di mana
pelajar dapat melakukan pembelajaran kendiri dengan hanya berpandukan kepada penerangan
dan petunjuk daripada arahan-arahan dalam platform yang disediakan. Soalan kaji selidik
ringkas melibatkan 647 orang responden yang merupakan pelajar Pusat Tamhidi yang terdiri
daripada pelbagai program yang ditawarkan. Hasil dapatan dalam kajian awal mendapati
responden sangat optimis dengan platform digital ini. Ia bakal memberi impak yang signifikan
kepada para pelajar, pensyarah, Pusat Tamhidi dan kepada USIM secara menyeluruh. Ini kerana
ia menyediakan satu nilai tambah dalam mengukuhkan kemahiran bertutur dalam kalangan
pelajar Pusat Tamhidi, USIM. Justeru, diharapkan kajian ini dapat menjadi permulaan yang
baik bagi mewujudkan platform pertama seumpamanya. Ia mengumpulkan semua laman
sesawang dan aplikasi belajar bahasa arab yang sistematik berdasarkan tahap penguasaan
bahasa Arab dalam kalangan para pelajar itu sendiri. Ini penting untuk menaikkan semangat
dan keyakinan pelajar Pusat Tamhidi USIM untuk menguasai pelbagai kemahiran bahasa Arab
terutamanya kemahiran bertutur.

Published
2023-02-01