[MS] Korelasi Kemahiran Komunikasi Interpersonal dengan Motivasi dalam Pembelajaran Bahasa Asing [The Correlation between Interpersonal Communication Skills and Motivation in Foreign Language Learning]
Abstract
Kemahiran Komunikasi Interpersonal (KKI) yang efektif dapat menghasilkan penyampaian
maklumat yang lebih jelas. Ia turut mendorong suasana kondusif semasa proses Pengajaran dan
Pembelajaran (PdP) dalam bahasa asing. Kajian tinjauan ini direka untuk mengkaji korelasi
antara KKI dengan Motivasi Pembelajaran Bahasa Asing. Seramai 360 orang pelajar bahasa
asing yang dipilih secara rawak dari tiga buah universiti awam di Terengganu terlibat dalam
kajian ini. Data kajian dikumpul dengan menggunakan soal selidik yang diadaptasi dan
diubahsuai dari instrumen ‘An interpersonal communication skill inventory’ (ICSI) yang dibina
oleh Bienvenu (1971), soal selidik kerja berpasukan yang dibina oleh Hasril et al. (2016) dan
soal selidik Motivasi Pembelajaran Pembelajaran Bahasa Asing oleh Nikita et al. (2016). Data
dianalisis dengan menggunakan perisian “Statistical Package for the Social Science” (SPSS
25). Ujian statistik Spearman digunakan bagi menjawab soalan kajian dan menguji hipotesis
berkaitan. Hasil kajian menunjukkan pekali korelasi menghasilkan nilai positif yang sederhana
antara dua pemboleh ubah. Kesimpulannya, terdapat perkaitan yang signifikan antara Motivasi
Pembelajaran Bahasa Asing dengan Kemahiran Komunikasi Interpersonal.






