[MS] Analisis Kesalahan Tatabahasa dalam Kalangan Murid Orang Asli Jakun Lenga, Muar Johor [Analysis of Gramatical Errors Among The Indigenous Students Jakun Lenga, Muar Johor]
Abstract
Literasi merupakan kebolehan untuk menulis, membaca dan memahami perkataan, ayat tunggal
serta ayat yang mudah dalam mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam proses
pembelajaran serta komunikasi harian. Kegagalan murid orang Asli dalam menguasai sistem
tatabahasa bahasa Melayu dengan betul memberikan kekangan utama bagi murid orang Asli
Jakun menguasai bahasa Melayu dengan baik. Oleh itu kajian ini bertujuan untuk mengenal
pasti dan membincangkan jenis kesalahan tatabahasa yang dilakukan oleh murid Orang Asli
Jakun di Sekolah Kebangsaan Kampung Bharu, Lenga Johor. Kajian ini menggunakan kaedah
kualitatif dengan memfokuskan kepada analisis kandungan dan temu bual. Sebanyak 30 set
latihan tatabahasa telah diberikan kepada pelajar Tahap 1. Kajian ini menggunakan Teori
Analisis Kesalahan Corder (1973). Hasil dapatan menunjukkan terdapat 4 jenis kesalahan
tatabahasa yang dilakukan oleh murid orang Asli Jakun iaitu penukaran huruf dengan huruf
lain, pengguguran huruf dalam perkataan, penambahan huruf dalam perkataan dan kelewahan
dalam ayat. Hasil kajian ini juga mendapati faktor penguasaan yang lemah, tidak berminat serta
tidak memahami bahasa Melayu merupakan penyumbang utama dalam kegagalan ke arah
pencapaian literasi bahasa Melayu.






