Persamaan Inversi dalam Surah Al-Fātiḥah dan Surah Al-Jāthīyah: Kajian Konteks dan Retorik The Anastrophe of in Similar Quranic Verses between Surah Surah Al-Fātiḥah and Surah Al-Jāthīyah: Contextual and Rhetorical Studies
Abstract
Kajian ini mengkaji tentang inversi dari sudut persamaan ayat-ayat Al-Quran dari segi kajian
konteks dan retorik antara surah al-Fātiḥah dengan surah al-Jāthīyah bertujuan untuk
menyingkap rahsia Taqdīm dan Ta’khīr dalam ayat-ayat Al-Quran yang serupa, tujuan
diungkapkan dan alasan diungkapkan dari perspektif retorik dan kontekstual. Tujuan kajian ini
adalah untuk meneroka dan meneliti ayat-ayat al-Quran yang serupa serta menyelidik salah satu
dimensi mukjizat al-Quran. Penyelidikan ini menggunakan pendekatan deskriptif dan analitikal
dari sudut teori kontekstual. Manakala dari sudut limitasi kajian, pengkaji mendapati daripada
analisis yang dijalankan hanya satu contoh sahaja Taqdīm dan Ta’khīr yang serupa antara
kedua-dua surah tersebut bahkan dalam masa yang sama, contoh tersebut tidak dianalisis dan
tidak diberi perhatian oleh para pengkaji serta para ulama. Hasilnya, pengkaji mengkaji
persamaan Taqdīm dan Ta’khīr tersebut dari sudut konteks dan retorik.






